2010,Tahun Baru Dengan Semangat Baru.


Tahun 2010 nie merupaka tahun yang menjanjikan 1001 perkra baru yang akan aku tempuhi di dalamnya...dan ku pohon pada tuhan yng maha gagah dan kuasa,agar menguatkan semangat ku dan tidak luntur di pertengahan jalan.Menyusun beberapa perancangan untuk 2010,itu adalah yang terbaik untuk aku menggapai segalanya.

Dan sememangnya kejayaan itu di capai dengan cara merancang,dan bukan bersahaja.Kerana kunci kepada kejayaan di dua negara..adalah mentertiban masa,atau dengan mudah difahami dengan menjadualkan masa dengan betul.Ada waktuku untuk keluarga,untuk mengajar,untuk kawan,untuk diri sendiri,untuk perniagaanku,dan yang paling utama untuk tuhan,yang menciptaku dan mengurnia semua nikmat ini pada ku.

Pernah aku bercakap dengan seorang yang rapat denganku,dia memberitahuku,..."manusia ini mempunyai pelbagai kelebihan dan kehebatan,namun manusia sendiri buta dan tidak mahu mengetahui kelebihan dan keistimewaan yang telah tuhan kurniakan kepada manusia...tengok penyu yang baru saja menetas,bila saja keluar dari cengkerangnya,dia tahu arah mana yang hendak dituju.Tak pernah pun kita melihat penyu itu tersesat walaupun tidak pernah melihat dunia sebelum itu.keluar dari lubang dan terusmenuju ke laut,dan tidak pernah sesat di darat,sedangkan manusia diberi kelebihan yang lebih daripada itu,namun sesat walaupun sudah disediakan isyarat dan petanda untuknya...".

kata - kata nie memang tersimpul di dalamnya seribu erti...nmun,tiada siapa yang akan memahaminya melainkan kita mengetahui tentang tujuan kita...dan hala tuju kita di sini....Salam tahun baru buat semua,saya doakan untuk diri saya dan semua yang lain jug mendapat kekutatn untuk menempuhtahun 2010 yang menjanjikan pelbagai perkara,peristiwa...yang pasti,kita akan tempuhi...

pahit atau manis,itu bukan pilihan.Kuatkan iman dan teguhkan keyakinan kita dan janji tuhan pada hambanya,kita pasti akan dapat menempuh tahun ini dengan aman.

Read Users' Comments (1)comments

1 Response to "2010,Tahun Baru Dengan Semangat Baru."

  1. eyezanadia, on January 10, 2010 at 4:37 AM said:

    nak jubah baru, tudung baru... leh..? hik3...serba baru la katekan...

Post a Comment