"Izinkan abang nikah lagi satu.."

"Izinkan abang nikah lagi satu.."


“Sayang, Abang minta izin untuk nikah sorang lagi,” Aliyah yang sedang melipat kain, terdiam seketika. Mungkin terkedu. Adakah pendengarannya kian kabur lantaran usianya yang kian beranjak. Adakah dialog tadi hanya dilafazkan di dalam TV, sementelah TV juga dipasang. Tapi, ahh bukanlah. TV sedang menayangkan iklan Sunsilk, mustahil sudah ada siri baru iklan Sunsilk?

Dia menghela nafas panjang.

Dia memandang sekali imbas wajah Asraf Mukmin, kemudian tersenyum. Meletakkan kain yang telah siap dilipat di tepi, bangun lantas menuju ke dapur. Langkahnya diatur tenang. Segelas air sejuk diteguk perlahan. Kemudian dia ke bilik Balqis, Sumayyah, Fatimah. Rutin hariannya, mencium puteri-puterinya sebelum dia masuk tidur. Dahulu, semasa puterinya kecil lagi, rutin itu dilakukan dengan suaminya. Kini, anak-anak kian beranjak remaja. Kemudian, dia menjenguk bilik putera bujangnya yang berdua, si kembar, Solehin dan Farihin. Pengabisannya dia kembali kepada suaminya.

Asraf Mukmin hanya diam, membatu diri. Dia amat mengenali isterinya. Jodoh yang diatur keluarga hampir 16 tahun yang lepas menghadiahkan dia sebuah keluarga yang bahagia, Aliyah adalah ikon isteri solehah. Namun, kehadiran Qistina, gadis genit yang menjawat jawatan pembantu tadbir kesetiausahaan di jabatannya benar-benar membuatkan dia lemah.

“Kau mampu Asraf, dengan gaji kau, aku rasa kau mampu untuk beri makan 2 keluarga,”sokongan Hanif, teman sepejabat menguatkan lagi hujah apabila dia berdepan dengan Aliyah.

“Abang Asraf, Qis tak kisah. Qis sanggup bermadu jika itu yang ditakdirkan. Bimbinglah Qis, Qis perlukan seseorang yang mampu memimpin Qis,” masih terngiang-ngiang bicara lunak Qis.

Akhir-akhir ini, panas rasanya punggung dia di rumah. Pagi-pagi, selesai solat subuh, cepat-cepat dia bersiap untuk ke pejabat. Tidak seperti kelaziman, dia akan bersarapan berjemaah bersama isteri dan anak- anak. Aduhai, penangan Qis gadis kelahiran Bumi Kenyalang benar-benar menjerat hatinya.

“Abang , Aliyah setuju dengan permintaan Abang. Tapi, Aliyah nak berjumpa dengan wanita tu,”Lembut dan tenang sayup-sayup suara isterinya. Dia tahu, Aliyah bukan seorang yang panas baran. Aliyah terlalu sempurna, baik tetapi ahh! hatinya kini sedang mengilai wanita yang jauh lebih muda.

“Bawa dia ke sini, tinggalkan dia bersama Aliyah selama 1 hari saja, boleh?” pelik benar permintaan isterinya. Hendak dipengapakan apakah buah hatinya itu? Namun, tanpa sedar dia menganguk, tanda setuju. Sebab, dia yakin isterinya tidak akan melakukan perkara yang bukan-bukan. Dan hakikatnya dia seharusnya bersyukur. Terlalu bersyukur. Kalaulah isterinya itu wanita lain, alamatnya perang dunia meletus lah jawabnya. Melayanglah periuk belanga. Ehhh, itu zaman dulu-dulu. Zaman sekarang ni, isteri-isteri lebih bijak.

Teringat dia kisah seorang tentera yang disimbah dengan asid, gara-gara menyuarakan keinginan untuk menambah cawangan lagi satu. Kecacatan seumur hidup diterima sebagai hadiah sebuah perkahwinan yang tidak sempat dilangsungkan. Dan dia, hanya senyuman daripada Aliyah.

“Apa, nak suruh Qis jumpa dengan isteri Abang,” terjegil bulat mata Qis yang berwarna hijau.
“Kak Aliyah yang minta,” masih lembut dia memujuk Qis.
“Biar betul, apa dia nak buat dengan Qis? Takutlah Qis, silap haribulan dia bunuh Qis!” terkejut Asraf Mukmin.
“Percayalah Qis, Aliyah bukan macam tu orangnya. Abang dah lama hidup dengannya. Abang faham.”

Qistina mengalih pandangannya.

Mahu apakah bakal madunya berjumpa dengannya? Dia sering disogokkan dengan pelbagai cerita isteri pertama membuli isteri kedua. Heh, ini Qistina lah. Jangan haraplah jika nak membuli aku. Desis hati kecil Qistina. Hari ini genap seminggu Qistina bercuti seminggu. Seminggu jugalah dia merindu. Puas dicuba untuk menghubungi Qistina, namun tidak berjaya. Rakan serumah menyatakan mereka sendiri tidak mengetahui ke mana Qistina pergi. Genap seminggu juga peristiwa dia menghantar Qistina untuk ditemuduga oleh Aliyah.

Sedangkan dia diminta oleh Aliyah bermunajat di Masjid Putra. Di masjid itu, hatinya benar-benar terusik. Sekian lamanya dia tidak menyibukkan dirinya dengan aktiviti keagamaan di masjid Putra.

Dulu, sebelum dia mengenali Qistina, saban malam dia akan bersama dengan Aliyah serta anak-anaknya, berjemaah dengan qariah masjid. Kemudian menghadiri majlis kuliah agama. Membaca Al-Quran secara bertaranum itu adalah kesukaannya. Namun, lenggok Qistina melalaikannya. Haruman Qistina memudarkan bacaan taranumnya. Hatinya benar-benar sunyi. Sunyi dengan tasbih, tahmid yang sering dilagukan. Seharian di Masjid Putra, dia cuba mencari dirinya, Asraf Mukmin yang dulu. Asraf Mukmin anak Imam Kampung Seputih. Asraf Mukmin yang asyik dengan berzanji. Menitis air matanya. Hatinya masih tertanya-tanya, apakah yang telah terjadi pada hari itu. Aliyah menunaikan tanggungjawabnya seperti biasa. Tiada kurangnya layanan Aliyah. Mulutnya seolah-olah terkunci untuk bertanya hal calon madu Aliyah.

Tit tit… sms menjengah masuk ke kantung inbox hensetnya.

“Qis minta maaf. Qis bukan pilihan terbaik utk Abang jadikan isteri. Qis tidak sehebat kak Aliyah. Qis perlu jadikan diri Qis sehebatnya untuk bersama Abang.”

Dibawah hensetnya, ada sekeping sampul besar.

Kepada: Asraf Mukmin, Suami yang tersayang…

Asraf Mukmin diburu kehairanan. Sampul berwarna coklat yang hampir saiz dengan A4 itu dibuka perlahan.


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.

Salam sejahtera buat suami yang tercinta, moga redhaNya sentiasa mengiringi jejak langkahmu. Abang yang dikasihi, genap seminggu sesi temuduga yang Aliyah jalankan pada Qistina. Terima kasih kerana Abang membawakan Aliyah seorang calon madu yang begitu cantik. Di sini Aliyah kemukakan penilaian Aliyah.


1. Dengan ukuran badan ala-ala model, dia memang mengalahkan Aliyah yang sudah tidak nampak bentuk badan. Baju- bajunya memang mengikut peredaran zaman. Tapi, Aliyah sayangkan Abang. Aliyah tak sanggup Abang diheret ke neraka kerana menanggung dosa. Sedangkan dosa Abang sendiri pun, masih belum termampu untuk dijawab di akhirat sana , apatah lagi Abang nak menggalas dosa org lain. Aliyah sayangkan Abang…



2. Aliyah ada mengajak dia memasak. Memang pandai dia masak, apatah lagi western food. Tapi, Aliyah sayangkan Abang. Aliyah tahu selera Abang hanya pada lauk pauk kampung. Tapi tak tahulah pula Aliyah kalau-kalau selera Abang sudah berubah. Tapi, Aliyah masih ingat lagi, masa kita sekeluarga singgah di sebuah restoran western food, Abang muntahkan semua makanan western food tu. Lagi satu, anak-anak kita semuanya ikut selera ayah mereka. Kesian nanti, tak makan la pula anak-anak kita. Aliyah sayangkan Abang…



3. Aliyah ada mengajak dia solat berjemaah. Kelam kabut dibuatnya. Aliyah minta dia jadi Imam. Yelah, nanti dia akan menjadi ibu pada zuriat Abang yang lahir, jadinya Aliyah harapkan dia mampu untuk mengajar anak-anak Abang untuk menjadi imam dan imamah yang beriman. Tapi, kalau dia sendiri pun kelam kabut memakai telekung…hmmm.. Aliyah sayangkan Abang…



Abang yang disayangi, cukuplah rasanya penilaian Aliyah. Kalau diungkap satu persatu, Aliyah tak terdaya. Abg lebih memahaminya. Ini penilaian selama 1 hari, Abang mungkin dapat membuat penilaian yang jauh lebih baik memandangkan Abang mengenalinya lebih dari Aliyah mengenalinya.



Abang yang dicintai dan dikasihi kerana Allah, di dalam sampul ini ada borang keizinan berpoligami. Telah siap Aliyah tandatangan. Juga sekeping tiket penerbangan MAS ke Sarawak. Jika munajat Abang di Masjid Putra mengiayakan tindakan Abang ini, ambillah borang ini, isi dan pergilah kepada Qistina. Oh ya, sebelum terlupa, Qistina telah berada di Sawarak. Menunggu Abang… Aliyah sayangkan Abg…



Tetapi jika Abg merasakan Qistina masih belum cukup hebat untuk dijadikan isteri Abang, pergilah cari wanita yang setanding dengan Aliyah… Aliyah sayangkan Abang…



Tetapi, jika Abg merasakan Aliyah adalah isteri yang hebat untuk Abangg.. tolonglah bukakan pintu bilik ni. Aliyah bawakan sarapan kegemaran Abang, roti canai…air tangan Aliyah.



Salam sayang,


Aliyah Najihah binti Mohd Hazery.


Tangannya pantas membuka pintu biliknya. Di situ berdiri Aliyah Najihah bersama-sama hidangan sarapan pagi kegemarannya. Dia tersenyum!
Benar, tiada isteri sehebat Aliyah isterinya!

p/s : Walaupun cerpen nie sekadar di copy paste...tapi memang btul2 besar pengajaran dalamnya..dan rasa tercuit dihati utk di letakkan juga di blog ini sebagai satu kisah dari kisah2 yang mencuit jiwaku...

Read Users' Comments (0)

Seorang Muslim Yang Cemerlang Adalah Seorang Muslim Yang Baik

Mungkin sudah kebiasaan kita mendengar ucapan atau kata-kata seumpama ini.Namun kemana kita?dalam golongan mana kita?muslim yang cemerlang,muslim yang berjaya adalah seorang yang dapat menjaga muamalat samada dengan kholik,atau dengan makhluk.Maka orang ini di kira berjaya,dikira sebagai seorang yang cemerlang.

Ada segolongan orang menganggap,muamalat hanya dengan tuhan semata,adapun dengan makhluk,tak memerlukan muamalat yang betul...INI ADALAH PEMAHAMAN YANG SALAH!!! Muamalat yang baik,dengan tuhan akan membentuk muamalat yang cemerlang dengan makhluk ciptaan tuhan..

bila ditanya,apakah yang dimaksudkan dengan muamalat kita dengan tuhan?maka jawapannya adalah dengan bertakwa kepadaNYA,dengan mengingatiNYA,dengan mensyukuri nikmatNYA,dengan bersabar dan redha dengan ketentuanNYA,maka inilah yang dikatakan dengan muamalat kita dengan pencipta.

maka bagaimana muamalat kita dengan makhluk yang diciptakan?renung - renungkanlah...

Read Users' Comments (1)comments

Kenapa jadi macam nie...???

Hari ni,kita di sogok dengan satu isu yang memeningkan semua lapisan orang,dan memerlukan penerangan yang jelas.Dah diberi penerangan yang jelas,dah nyatakan hikmah di sebalik kejadian,namun ada lagi yang tak faham dan masih menyuarakan ras ketidakpuasan hati dengan dalil dan hujah diberi.Boleh kita setiap kuliah yang aku sampaikan,dah ku maklum tentang isu penggunaan kalimah AllAH,hikmah kejadian seperti mana berlaku pada zaman nabi,tentang peristiwa perjanjian dalam hudhaibiah,tapi ramai lagi yang menganggap,ia tidak rasional dan sebagainya.

Bukan untuk menuding jari menyalahkan pada mana-mana pihak,tapi haruslah diingatkan,semua pihak pada hari ini perlu bekerjasama untuk memberi faham tentang masalah ini.Sebenarnya,masalah ini adalah terlalu kecil jika nak di bandingkan dengan masalah kejahilan umat islam sendiri tentang agamanya.Hari ini kita melihat,berapa ramai orang yang mengaku islam,yang mengaku dan tertera pada kad pengenalan mereka seorang muslim,namun tidak menjaga hak sebagai seorang muslim,tak menjaga hak Islam itu sendiri.

Bahkan yang lagi dahsyat,pernah ku saksikan sendiri betapa ceteknya ilmu islam seseorang itu,bila ibu mereka menghantar anaknya pergi ke kelas fardu ain,dalam keadaan tidak bertudung,dalam keadaan bapa mereka memakai seluar pendek.Mana letaknya ketinggian Islam pada mereka?

Jujur aku nyatakan disini,blog yang tak seberapa ini bukanlah untuk dijadikan wadah untuk memperjuangkan mana-mana aliran politik,kerana pernah aku di pesan oleh guruku...sayyidi al murabbi al habib umar bin muhammad bin salim bin sheikh abu bakar bin salam,dalam satu pertemuanku sebelum aku berangkat dari hadromaut untuk pulang ke malaysia,dalam pesanan beliau.."Tinggalkan segala perkara yang boleh membawa kepada perpecahan umat,manhaj nabi S.A.W adalah untuk menyatukan umat Baginda"

Pesanan inilah yang aku bawa pulang dan yang merupakan perkara yang paling besar yang perlu aku sampaikan kepada semua orang yang berada di sekelilingku,yang berada di dalam majlis-majlis kuliahku,kepada yang hampir kepadaku,untuk ku hadiahkan kembali kepada Baginda Nabi S.A.W yang bertungkus lumus dalam tempoh 23 tahun membentuk manhaj ini.
"Semoga AllAH MEMPERBAIKI URUSAN UMAT ISLAM DI DUNIA INI...
DAN SEMOGA AllAH MENOLONG UMAT MUHAMMAD S.A.W
DAN SEMOGA AllAH MERAHMATI UMAH MUHAMMAD S.A.W"
-AMEEN-

Read Users' Comments (0)

Peringatan Ringkas untuk Hamba Tuhan


Sabda Nabi s.a.w yang bermaksud;

Maksudnya: Siapa yang mempelajari suatu ilmu agama yang seharusnya ditujukan kepada Allah, tiba-tiba ia tidak mempelajari itu untuk Allah hanya untuk mendapat kedudukan atau kekayaan dunia, maka tidak akan mendapat baunya syurga pada Hari Kiamat.

"Sedangkan bau syurga ini dapat dihidu dari jarak- 40 tahun perjalanan; dengan bau tehnya, dengan bau sirapnya. Serupa kita pergi ke tempat kenduri atau masuk restoran, dari jauh sudah terbau masakan. Satu daripada kelebihan syurga ialah ahlinya sudah boleh mengecap kelazatan baunya dari jarak 40 tahun lagi. Jadi orang ini usahkan boleh masuk syurga, menghidu bau pun tidak boleh. Inilah orang yang sudah betul-betul sial di muka dunia iaitu orang yang berbohong dengan Allah taala."

Read Users' Comments (0)

Akaun AGRO Bank


Hari Rabu baru nie sempat jugak untuk aku siapkan akaun AGRO BANK.dengan membuka akaun bersama dengan isteriku.Selesai satu perkara,dan minggu depan akan bermula transformasi dalam hidupku dari sudut ekonomi.

Memang tak nafi,ekonomi nie adalah perkara yang sangat penting dlam kehidupan.Dan kerana itu dijadikan dunia ini untuk berusaha.Tapi bukan bererti melupai akhirat.bahkan jadikan harta ini kepada jambatan menuju ke akhirat dengan bahgia.Ada orang yang mengejar hanya semata-mata pada dunia,orang ini adalah orang yang rugi.Sedangkan kita disuruh dan di ajar supaya mengambil kedua-duanya.Kalau dilihat pada hari ini..tidak ada pape pun yang free,semuanya bergantung pada duit dan harta.Tapi bukan bereti kita tewas dengan dunia yang cuba menipu kita.

Ingatlah,Dunia ini cuma tempat sementara..tempat untuk kita berhenti seketika,dan akan meneruskan perjalanan yang lagi jauh...yang matlamat kita adalah keredhaan...syurga...dan janji temu kita dengan Nabi S.A.W di sungai haud Baginda.Gunakan harta dengan yang terbaik,demi mencapai matlamat tadi...pasti kita berjaya di dunia dan di akhirat..

Read Users' Comments (1)comments

Hati - hati dengan kopi RADIX tiruan

Isu ini mungkin dah ramai orang tahu,cuma untuk sekadar peringatan sekali lagi.Dan dari sumber yang di percayai jugak,saya dapat khabar yang kopi tiruan ni tokey dia nie seorang cina.Pernah dia mintak dari tuan pengarah HPA,untuk menjual kopi RADIX dua kontena,untuk dilegokan di rata-rata kedai di malaysia.Dia cuba nak jatuhkan perniagaan orang melayu.Dulu satu syarikat mlm melayu dah pun tumbang...mungkin ramai yang kenal syarikat tuh...s*****.Bila ditawar untuk membeli dua kontena kopi keluaran dia,bila mata dah rambang,apa lagi...jual je la..hasilnya,syarikat tu terus junam dalam bisnes sendiri.Yang tinggal sekarang,satu-satunya syarikat melayau yang melakukan MLM yang paling aktif...cuma HPA saje..Harap HPA boleh bertahan selamanya.

Read Users' Comments (1)comments

Bermulanya trading untuk tahun 2010


Hari nie bermulalah trade untuk tahun 2010.Walaupun memang skang nie tengah kekurangan modal,tapi itu tak melunturkan semangat untuk mencari rezeki melalui forex nie..aku yakin dengan AllAH,keluarkan 1 pasti akan di balas 10...itu janji DIA...itu janji yang tak akan di mungkiri..maka kita sebagai hamba,berusaha dan berdoalah...Usahalah dengan usaha yang zahir,dan juga dari yang batin.Semoga AllAH menjadikan kita kaya,di dunia dan di akhirat juga...amin.
" Ya AllAH,Jadikanlah Aku dan Orang-Orang yang mengasihiku,Menjadi Jutawan-Jutawan Mu,Yang Tidak Sibuk Dengan DuniaMu"

Read Users' Comments (1)comments